Followers

Saturday 9 March 2013

welcome back!


Lamanya xmengadap blog! dah bersawang rasanya... dh 2013 dah pon!...alhamdulillah sekarang dah msuk minggu ke 8 tempoh praktikum....ya Allah xsabarnya nak hbs...penat nak mengadap RPH...BBM...no more ideas...:) berdebar bila kna observe...bila nak hilang perasaan gementarku ini...dup dap!
my schedule
Setiap minggu mesti akan tggu pensyarah datang,...hati tenang bila weekend je hahah sbb cuti!! awesome!! berkorban demi anak didik..kerah idea dan tenaga...Alhamdulillah i have more supporters from back..My lovely husband..My lovely family...My MIL and FIL...:) thanks a lot..

Dah hampir setahun lebih saya bergelar isteri kepada seorang suami yang sgt penyayang dan byk bersabar dengan kerenah si isterinya ni..:) dah setahun lbh tapi rasa macam semalam je baru khwn...thanks Allah..Mak Ayah kerana merestui hubungan kami...really apprciate it!



Tuesday 4 September 2012

Eid mubarak with my dearly husband

salam ukhuwah,
Hampir 9 bulan kami bergelar suami isteri....Alhamdulillah Allah bg seorang suami yang sgt penyayang dan memahami ...:) B~ selamat hri rya..mnta maaf ye klu selama perkhwinan kita ada wt slh...love u very much
Rasanya tak lambat lagi nak wish SELAMAT HARI RAYA  AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI sy dan suami...this is my 1st year celebrate eid mubarak with my lovely husband...
ni gambar raya kami berdua...:) <3

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR BATIN

Saturday 7 April 2012

my wedding day..:)


Salam Ukhuwah,
Senyum semanis Kurma..

Dah lama sgt2 x menaip n post entry baru...lately mmg sgt bz...sehinggalah sy berkahwin..masjid yang dibina bersama suami yang tercinta MOHAMMAD SHAHRIZAL..selama lbh kurg 2 tahun kami menyulam cinta akhirnya tanggal 22 disember 2011 termeterai la kasih ikatan janji antara sy dan dia...:) alhamdulillah mjlis berjaln dengan lncar...pengalaman ni sgt bermakna dlm hidupku..<3 

sekarang usia perkahwinan kami hampir 4 bulan...alhamdulillah..hubungan kasih yang dibina atas dasar cinta kepada Allah ini membuahkan nikmat yang sangat bermakna..hubungan yang halal menuju redha ilahi...ramai yang kata saya kahwin muda..tapi kahwin muda menutup pintu maksiat...23 after study we decided to get  married..:) tamat ja pengajian sy di USIM selama 4 tahun dan after konvo 3.12 trus ke alam perkahwinan..first step..

FOR THE REST OF MY LIFE











I LOVE HIM VERY MUCH!!!! <3
THANK U ALLAH
~semoga kami kekal hingga akhir hayat~
amin

Tuesday 25 October 2011

Monday 24 October 2011

~Happy bufday incik bolat a.k.a encik tunang~26.10.2011

Salam Ukhuwah,
Senyum Semanis Kurma,


Entry ni khas utk incik Bolat saya....:) yang sekarang sah menjadi tunangku pada 15 oktober 2011...We are fall in love starting from 16 March 2010...until the end of our life insyaAllah...~segalanya mohon Allah permudahkan urusan kami...amin ya rabb~ 

wat incik bolat esok adalah hari lahirmu...di kesempatan ini dengan penuh rasa syukur selama 1thn lbh kita menyemai kasih dalam hubungan ini...jika ada silap dan salah inginku memohon maaf ye sayang...terkasar bahasa, tertinggi suara, terlayan lebih kurang, tercakap yg bukan-bukan, termerapu x tentu hala,terbuat apa-apa jela..saya Nur amirah mohon maaf ya...;) 

Semoga perancangan yang kita bina selama ini membuahkan hasil yang begitu indah dengan keizinanNya...Mengenalimu cukup indah buatku...Moga Hubungan kita sampai ke akhir Hayat dan InsyaAllah smpy syurga...amin ya rabb..Rabbuna yusahhilna..insyaAllah...

special dedication for my love :

vvvvvvv
vvvvv
vvv
vv
v
v
v
v

~May Allah bless u dear..
~Semoga panjang umor dan dimurahkan rezeki
~Semoga Sihat selalu
~Jadilah anak soleh yang sentiasa mentaati kedua ibu bapa
~Jadilah Suami & Bapa yang menjadi kebanggaan isteri dan anakmu
~Doakan hubungan kita kekal hingga akhir hayat amin
~I love u so much


" Ya Allah Ya Tuhan Kami. satukanlah hati Nur Amirah & Mohammad Shahrizal seperti mna Engkau satukan hati Adam & Hawa, Yusof & Zulaikha, dan seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W & Siti Khadijah." Kekalkan jodoh kami di dunia dan Akhirat. Amin ya Rabbal 'Alamin.....



Saturday 22 October 2011

berblog again..!!!!

Salam Ukhuwah,
Senyum Semanis Kurma.


hye uoolllss...khaifahalukum jamian??sihat x semua...dh lma aku x menghadap blog..bz sgtla kunun...hihi bukan apa bila keja xdak msa nk hupdate..dgn buku rgkasan lg,adoiii,,pastu ngtok...:)


rindu nak berblog smkn gian..hahaha dh lma la x hadap blog ni aku rasa...ni aku nk sory mery sal aku n incik bolat bersama mummy kesayangan aku n adinda2 ku trip ke perlis hihi pi perlis tu sbb hntar adinda fiqa hearty  ke poli..on the way nk pergi kitorang sggh mkn dekat " cendol pulut jo ", sedap cendol dia...rasa mcm jalan cr mkn time tue...hihi dhla ramai ya amat...dgn perot berkeroncong..tmbh2 mr.bolat...:)


lets picture tell us...:)


 my lovely family...from left~merah hearty~fiqa hearty~my lovely mom~




tersenyum sbb dpt makan...peace..!!!



sedap...menjilat jari kaki...:)


smpai hbs dan nk lg...:)


cik merah hearty berkata : fiqa nk sket,...ag ja mkn...hihi


mr.bolat memandang sinis sbb makanannya dh hbs~jeles lettew~



~we are here~ 














p/s: jemputlah menikmati cendol pulut jo...:) pakat pi nohhhh...all about us~love uolllsss


Thursday 22 September 2011

Satukanlah Kami Ya Rabb...:)

Salam Ukhuwah,
Senyum Semanis Kurma,


"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)
Membina ikatan persis membina sebuah mahligai terindah, tapaknya perlu kukuh atas landasan kecintaan, dilengkapi batu bata kepercayaan dan diperteguh tiang kasih sayang. Tampak cantik dihias rona bebunga di taman, saat mentari pagi menyimbah cerlang sinarnya. Si Tiung singgah mengalun, berkicauan lagu cinta, saksi romantisnya jiwa. Namun, membinanya bukanlah semudah menyaksikannya, nampak kirana di mata tetapi memerlukan kudrat dan keringat dalam memacunya.
"Lelaki yang baik diciptakan untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik."
Dalam memateri sebuah ikatan, elemen setia dan sedia menjadi perlambangan sejauh mana kekuatan sebuah ikatan. Berseminya ikatan tanpa kesetiaan, ibarat menunggu rumah ditelan rebah. Bertautnya ikatan tanpa kesediaan, ibarat menanti mahligai musnah berkecai.
Saat memilih untuk membina ikatan, eloklah diteliti apakah kita telah melengkapi keduanya.Bersetia menjalin cinta dan menongkah badai kehidupan bersama. Tidak pernah goyah diduga godaan, tidak pernah rebah diuji cabaran apatah lagi gundah disuntik rintangan. Hidup bersama rencahnya berjuta. Tika itulah kesetiaan benar-benar memainkan peranan.
Apabila lengkap elemen kesetiaan, lihatlah pula kepada elemen kesediaan. Usah sekadar terpesona dengan lafaz dan janji di bibir manis, namun intailah kesediaan menerima yang tak pernah gerimis. Ilmu agama disisip kemas di dada, agar hasutan syaitan dan iblis bisa ditepis. Sedia membimbing dan dibimbing. Nafsu amarah bukan wasilah melampiaskan kemarahan bukan pada tempatnya. Toleransi sebagai benteng utuhnya rukun sebuah ikatan.
''Sebaik-baik perhiasan di dunia ini ialah wanita solehah''
Ketahuilah wanita solehah, bahawa dirimu amat bernilai. Selautan emas waima segunung permata bukan tandinganmu kerana dirimu jauh lebih tinggi nilainya di kaca mata Islam. Usah mudah memberi cinta, kelak binasa jiwa. Sebaliknya, ujilah si dia agar simpulan kasih tidak mudah terungkai, ikatan sayang tidak mudah bercerai.
Jika ingin memilih membina ikatan, maka bersiagalah kerana era penuh air mata dan duka akan menantimu. Kuatkanlah keteguhan nalurimu agar segala yang ditempuhi mendapat inayah-Nya. Ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam si mawar berduri. Sebaik ditanam tidak terus berputik bunga kirana, tetapi tumbuh dahulu duri yang berbisa.
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "Manusia yang utama adalah orang mukmin yang alim. Jika diperlukan dia diberikan manfaat, jika tidak diperlukan, dia pun kaya dengan dirinya sendiri."
Bagi arjuna, keperkasaan bukanlah bukti kelelakian sebenarmu. Layar bahtera akan dapat terus menyusur pantai impian, walau badai merempuh apabila mahligai ikatan dinakhodakan oleh lelaki yang beriman. Bisa melindungi dan membajai kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
Menjadi pemimpin terulung kebanggaan pasangan, menyalur bimbingan dan pendidikan kepada ahli keluarga dan tidak merelakan diri menjadi dayus sehingga di akhirat kelak mendapat celaka. Bijaksana dalam merencana keputusan agar tidak menyinggung hati dan perasaan. Rasulullah menjadi tauladan dalam menjadi suami idaman. Suami ibarat mentari, memberi cahaya dan kehangatan. Isteri bagai bulan, cantik dan indah dipandang.
''Selembar benang berkait, akhirnya berpakai jua, setapak kaki berdikit, akhirnya berdiri juga''
Kepada sesiapa yang merasa diri masih bergelut dalam kekurangan dan belum memenuhi elemen-elemen ini, jadi bermulalah sekarang. Andai diri tidak setia, belajarlah memahami hakikat kesetiaan, signifikannya dalam ikatan.
Andai diri tidak sedia, namun mengharap bunga di taman larangan, penuhilah pengetahuan agama di dadamu. Kalungkanlah di jiwamu rasa tanggungjawab walaupun rasa jahil membelenggumu. Muhasabahlah diri agar terbinanya hubungan berkekalan hingga penghujungnya.

kredit : i luv Islam