Followers

Thursday 22 September 2011

Satukanlah Kami Ya Rabb...:)

Salam Ukhuwah,
Senyum Semanis Kurma,


"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)
Membina ikatan persis membina sebuah mahligai terindah, tapaknya perlu kukuh atas landasan kecintaan, dilengkapi batu bata kepercayaan dan diperteguh tiang kasih sayang. Tampak cantik dihias rona bebunga di taman, saat mentari pagi menyimbah cerlang sinarnya. Si Tiung singgah mengalun, berkicauan lagu cinta, saksi romantisnya jiwa. Namun, membinanya bukanlah semudah menyaksikannya, nampak kirana di mata tetapi memerlukan kudrat dan keringat dalam memacunya.
"Lelaki yang baik diciptakan untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik."
Dalam memateri sebuah ikatan, elemen setia dan sedia menjadi perlambangan sejauh mana kekuatan sebuah ikatan. Berseminya ikatan tanpa kesetiaan, ibarat menunggu rumah ditelan rebah. Bertautnya ikatan tanpa kesediaan, ibarat menanti mahligai musnah berkecai.
Saat memilih untuk membina ikatan, eloklah diteliti apakah kita telah melengkapi keduanya.Bersetia menjalin cinta dan menongkah badai kehidupan bersama. Tidak pernah goyah diduga godaan, tidak pernah rebah diuji cabaran apatah lagi gundah disuntik rintangan. Hidup bersama rencahnya berjuta. Tika itulah kesetiaan benar-benar memainkan peranan.
Apabila lengkap elemen kesetiaan, lihatlah pula kepada elemen kesediaan. Usah sekadar terpesona dengan lafaz dan janji di bibir manis, namun intailah kesediaan menerima yang tak pernah gerimis. Ilmu agama disisip kemas di dada, agar hasutan syaitan dan iblis bisa ditepis. Sedia membimbing dan dibimbing. Nafsu amarah bukan wasilah melampiaskan kemarahan bukan pada tempatnya. Toleransi sebagai benteng utuhnya rukun sebuah ikatan.
''Sebaik-baik perhiasan di dunia ini ialah wanita solehah''
Ketahuilah wanita solehah, bahawa dirimu amat bernilai. Selautan emas waima segunung permata bukan tandinganmu kerana dirimu jauh lebih tinggi nilainya di kaca mata Islam. Usah mudah memberi cinta, kelak binasa jiwa. Sebaliknya, ujilah si dia agar simpulan kasih tidak mudah terungkai, ikatan sayang tidak mudah bercerai.
Jika ingin memilih membina ikatan, maka bersiagalah kerana era penuh air mata dan duka akan menantimu. Kuatkanlah keteguhan nalurimu agar segala yang ditempuhi mendapat inayah-Nya. Ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam si mawar berduri. Sebaik ditanam tidak terus berputik bunga kirana, tetapi tumbuh dahulu duri yang berbisa.
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "Manusia yang utama adalah orang mukmin yang alim. Jika diperlukan dia diberikan manfaat, jika tidak diperlukan, dia pun kaya dengan dirinya sendiri."
Bagi arjuna, keperkasaan bukanlah bukti kelelakian sebenarmu. Layar bahtera akan dapat terus menyusur pantai impian, walau badai merempuh apabila mahligai ikatan dinakhodakan oleh lelaki yang beriman. Bisa melindungi dan membajai kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
Menjadi pemimpin terulung kebanggaan pasangan, menyalur bimbingan dan pendidikan kepada ahli keluarga dan tidak merelakan diri menjadi dayus sehingga di akhirat kelak mendapat celaka. Bijaksana dalam merencana keputusan agar tidak menyinggung hati dan perasaan. Rasulullah menjadi tauladan dalam menjadi suami idaman. Suami ibarat mentari, memberi cahaya dan kehangatan. Isteri bagai bulan, cantik dan indah dipandang.
''Selembar benang berkait, akhirnya berpakai jua, setapak kaki berdikit, akhirnya berdiri juga''
Kepada sesiapa yang merasa diri masih bergelut dalam kekurangan dan belum memenuhi elemen-elemen ini, jadi bermulalah sekarang. Andai diri tidak setia, belajarlah memahami hakikat kesetiaan, signifikannya dalam ikatan.
Andai diri tidak sedia, namun mengharap bunga di taman larangan, penuhilah pengetahuan agama di dadamu. Kalungkanlah di jiwamu rasa tanggungjawab walaupun rasa jahil membelenggumu. Muhasabahlah diri agar terbinanya hubungan berkekalan hingga penghujungnya.

kredit : i luv Islam

Tuesday 20 September 2011

al-fatihah~

Salam Ukhuwah,
Senyum Semanis Kurma,


Setiap yang hidup pasti menemui kematian..begitulah kehidupan kita sebagai Makhluk Allah..xkira manusia,haiwan,tumbuh-tumbuhan..ahli keluarga kami yang baru telah pergi meninggal kami buat selamanya pada 18 september 2011..p.su yg kami knal baru 6 bulan bersama..sgt terasa kehilangan beliau..beliau adalah insan yang sgt baik hati,penyayang, sikapnya yg suka melayan karenah anak saudara membuatkan kami mudah mesra dgn beliau walaupun baru kenal..tapi rasa knal mcm dah lama...tula orang baik p.su din ni...

The last moment, masa kat rumah aku wat makan2 kecil-kecilan raya baru2 ni..jalan2 g carefour, wat bbq bersama2..huh xdapat nk lupa suma tue...kenangan manis bersama semua...moga p.su di tempatkan bersma2 org2 beriman dan soleh..amin ya rabb...m.su walaupun arwah dah xda..harap m.su kuatkan semangat,tabahkan hearty, senyum kembali, allah akn menguji hambanya yang mampu sahaja..so i believe that u are strong woman,,..we always beside u ucu..

P/s: marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah p.su..amin ya rabb ~ 






 

Saturday 17 September 2011

doodle from cik ninie...:)~tq

Salam Ukhuwah,
Senyum Semanis Kurma,


Selamat hari Malaysia dan Merdeka! Merdeka! Merdeka!~ entry ni special utk cik ninie~ sbb dia sgt baik hati wat kan doodle comel utk myra...:) berbesar hati sgt2...tq so much cik ninie~ i'm glad u happy always dear,...jazakillahukhairan katsira..:) syukran jazilan ya sodiqati..:) 


Korang nk tgk doodle yg cik ninie buatkan..comel..ayu dgn strawberry..kreatif cik ninie ni.....bru request nak jgk pg..ptg dh siap..hope we always keep in touch ye ninie...:)

jeng jeng jeng jeng sila lihat doodle comel hasil tgn cik ninie 
V
V
V
V
V
V
v
v


love it...:) <3

Thursday 15 September 2011

1st experience!!!!

Salam Ukhuwah.
Senyum Semanis Kurma,


Hari berganti hari...dah dekat two weeks aku jadi guru ganti nie...macam2 aktiviti aku ngn diorg...mcm2 perangai budak2..budak2 sekolah rendah ni...klu bising mmg tahap dewa...dahla mix bangsa...tapi aku suka..sbb boleh knal bgsa diorg mcm na...even diorg bsg sgt2 tapi diorg pndai amik hatiii...adakah patot sorg puak kaum india ni meluah perasaan kat aku...hadooooiiii...

Teacher2x saya cinta sama tecaher...i love u!!!haha aku rasa nk tergelak tapi wat muka garang...
sorg lagi said : cikgu macam princess...duhai taw la diorg nak wat bising tu yang puji sakan...

okehhh...daaaa semua nnti cik strawbery post entry lain ok...skrg nak kuar maw g amik adik kat stesyen ketapi...love u all




Tuesday 6 September 2011

wish me luck!!!!



Salam ukhuwah.
Senyum semanis kurma,

tomorrow!!!!! new place, new condition, new people, everything is new....hope i can face the new situation tomorrow!!! wish me luck k all my friends..i can do it...i will update the story tomorrow after i was happened it..:)



Monday 5 September 2011

flu-hit...:(

Salam Ukhuwah,
Senyum semanis kurma,


Seminggu sudah selsema aku ni..adoi....ubat dah hbs sedozen dah...x hilang lg....adoi..incik selsema pergilah ....hmmmmmm  xlarat sudah...ditambah dgn batuk..musim raya ni ramai yg demam n batuk selsema...demam raya kot..hihi.. khaifahalukum???insyAAllah aku harap korang semua sihat.. Allah akn menjaga kita kan....:)


kami 3 beradik pakat selsema batuk...xpa ujian...doa ye semoga kitorang cepat sihat...:)  ok jgn nakal2 ye semua...





p/s: jaga kesihatan ya semua..Amanah dr Allah tu...

salam aidilfiri...:)



Salam Ukhuwah,
Senyum semanis kurma.


dah berminggu2 an aku x mengadap blog...bz la dgn raya...mlm2 wat kueh raya....hihi di kesempatan yang ada ni nak aku nak ucapkan salam aidilfotri wat semua umat islam..kawan2 blogger seluruh m'sia..dan x lupa jgk wat incik bolat...maaf zahir dan batin ya...:) tak terlambat lg kot noh ucap salam aidilfitri ni...hiihi sbb msh syawal lagi..raya kan sebulan...huahua..


SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN